"Aku adalah seorang musafir yang sedang mencari kebenaran, manusia yang mencari petunjuk di tengah kerumunan manusia, rakyat yang mengidamkan kemuliaan negaranya, kebebasan, ketenangan dan kehidupan yang sejahtera dibawah naungan Islam yang suci, aku seorang hamba yang mengenal tujuan hidup.....Inilah diriku, lalu sipakah anda?
> hassan al-Banna<
Ahad, 20 Januari 2013
Detik Detik Kehidupan Seorang Muslimah
Bismillahirrahmanirrahim..........
salam perjuangan yang tidak pernah padam dan insyaallah dengan izin NYA kita akan menjadi mujahid dan mujahidah ansarullah ....insyaallah, ameen...
Terasa banyak benda yang ingin aku kongsikan..satu persatu yang datang dalam hidup aku pada lewat kebelakangan ini..."macam macam ada" ~allahurabbi~...
aku kena mengerti dan aku kena faham lumrah sebagai seorang perantau yang berjauhan dengan orang yang tersayang yakni....keluargaku ibu dan ayah,adik-adik...aku redho , meskipun diri ini kadang-kadang terasa letih tidak berdaya banyak mengeluh...dan macam -macam lagi..aku ingat pesanan kata-kata yang pernah disampaikan oleh Ustaz Hasrizal.."biarlah kita berpenat-penat sekarang, demi memenuhkan tabung akhirat kita nanti"....ERTI HIDUP PADA MEMBERI...~
Muslimah solehah itu sentiasa memaafkan dan memohon kemaafan , sentiasa mengalah demi yang disayanginya ..sentiasa ada masa buat sahabat bila-bila pun, khidmat baktinya kepada ayahnda dan ibunda yang tercinta , mengejar kebahagiaan akhirat dan tidak akan lupa bahawa dunia juga perlu diperjuangkan,
pelajaran juga diutamakan kerana ia tahu menuntut ilmu itu adalah satu jihad.
Harapan aku..moga aku terus thabat dalam jalan yang aku pilih ini , kepada diri ini moga terus kuat .terus tabah...menjadi seorang pelajar , seoarng anak kepada ibu dan ayah , seorang kakak kepada dua orang adik yang tersayang , seorang daieyah kepada mad'u-mad'unya ,seorang sahabat.............seorang bakal zaujah kepada zaujnya......
berbahagialah dikau wahai diri......kerana memilih untuk berada dalam saff ini..........
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan