siapa yang tidak mahu syurga bukan ??? Sedang PENGKHIANAT AGAMA di luar sana juga saban waktu mencanang megah , betapa syurga menjadi IMBUHAN yang diharapkan atas usaha mereka yang kononnya MEMBELA BANGSA MEMBANGUN NEGARA , sedang mereka terang menerang TERUS MENERUS MENCEMAR AGAMA . Kita tahu APA YANG MEREKA TAHU . Aduh !!!! setiap kali aku cuba membangkit isu ini di mana-mana , pasti ada suara sumbang seakan scanner di lapangan terbang mengingatkn aku bahawa buah perbualan seperti itu dilarang untuk berbincang . Bingung aku dibuatnya . . . .
Apakah aku sebagai rakyat biasa merangkap pekerja sosial yang telah mencurah keringat bakti ini tidak punya HAK walau hanya untuk BERSUARA sebagai WADAH BICARA ?? Aku bukanlah seorang PEGUAM yang menghumban HUJAH di kamar perhitungan , yang aku rasa juga telah tercemar kewibaanya lewat kebelakang ini . Aku bukan WAKIL RAKYAT yang MENYIMBAH SEJUTA JANJI taktala akaun bank bergantung atas cebisan kertas empat segi kecil yang bakal di TANDA "X" atau tidak . Bukan !! Aku bukan MEREKA !! .. Ya Rabbi..Aku memohon agar aku dipelihara dari segala FITNAH DUNIA YANG KIAN MENCABAR UMAT MANUSIA yang kian DANGKAL dalam MENTAFSIR antara yang patut dengan tidak.
"Wahai Tuhan Kami , berilah kepada kami kebaikan Dunia dan akhirat dan peliharalah kami dari Azab Api Neraka"
Kau tahu wahai Sahabat . aku ternampak keratan akhbar sewaktu melewati pantry di pejabat . Hati kecilku sakit mengenangkan betapa angkuh dan berbisanya manusia sejagat dalam mencabar HUKUM TUHAN . Seakan - akan tiada KIAMAT dan TIADA HARI PEMBALASAN yang dipanggil AKHIRAT . Pelbagai AGENDA di CANANG dengan seribu REMPAH HASUTAN dan FITNAH . Mengapa bumi tercinta ini , yang dahulunya AMPUH BERWIBAWA dengan semangat JUANG BANGSANYA kini saling BERBUNUHAN walaupun bukan dengan PERTUMPAHAN DARAH ?? Kenapa harus ada SENGKETA ?? Kenapa mesti DUSTA jadi yang menjadi AGENDA dalam memastikan tujuan tercapai ?? Aku sedar bahawa aku bukanlah PEJUANG yang mampu mengangkat SENJATA dalam menegakkan AGAMA ALLAH SWT , akan tetapi aku masih mempunyai CINTA PADA AGAMA yang nampak gayanya SEMAKIN DIHINA dan DIRENDAHKAN MARTABATNYA . Lebih malang bilamana itu dilakukan sendiri oleh penganutnya yang mengaku BERIMAN. WANAUZUBILLAH.........
Waktu begini , aku mula mengagumi kecekalan seorang SAHABATKU , dalam memperjuangkan idealisme islami yang dipegang sebagai WADAH untuknya berjuang sebagai seorang muslim.
Langkahnya jauh entah kemana, hingga payah benar nak bersua. Geraknya seolah-olah tidak pernah mengenal apa itu penat , apa itu lelah .
Aku bersyukur adanya SAHABAT yang tidak letih berjuang ke jalan ALLAH SWT . Sekurang-kurangnya tercipta jaminan bahawa masih ada yang mahu bangun dan TEGUH MEMBELA MARUAH AGAMA , walaupun SUARA mereka mungkin SEPERLAHAN BERBISIK dan langkah mereka pula SEPERLAHAN BERJINGKIT . sESUNGGUHNYA ALLAH MAHA MENDENGAR HAMBA-HAMBANYA yang BENAR .
Apabila KEBATILAN ada didepan mata kita,kita diam...
hati berkata ...
ADUHAI MANUSIA KENAPALAH KAMU INGKAR??
Apabila KEJAHILAN ada didepan mata ,kita bungkam...
akal berkata ....
ADUHAI MANUSIA KENAPALAH KAMU TIDAK BELAJAR ??
Apabila KEJUMUDAN ada didepan mata kita ,kita tergamam..
jiwa berkata ...
ADUHAI MANUSIA KENAPALAH KAMU BERBUAT MUNGKAR ??
Akan tetapi...
Apabila KEBATILAN ada didepan mata kita,kita berjuang..
hati berkata...
YA ALLAH perkasakan aku menghapus kerosakan itu..
Apabila KEJAHILAN ada didepan mata kita, kita berjuang ..
akal berkata ...
YA ALLAH kuatkan aku untuk memeberinya ilmu..
Apabila kejumudan ada didepan mata kita,kita berjuang..
jiwa berkata ...
YA ALLAH izinkan aku membela agama MU
Tiada ulasan:
Catat Ulasan