Selepas berjuang dengan imtihan yang besar dialam persekolahan menengah di MAAHAD JOHOR sebuah sekolah tinggi arab yang terletak di tengah-tengah bandar kota iskandar di Johor Bahru...hatiku keliru bertambah kecelaruan dan tertanya-tanya pada diri dimanakah hala tujuanku selepas STAM???? dimanakah ??? dimanakah destinasi ku yang seterus nya???? .....
|
Sahabat-sahabat seperjuangan yang akan bersama-sama meneruskan perjuangan di DATARAN SYAM
|
Sebelum ini jika ada yang bertanya pada diriku "nak sambung mana U mana lepas ni?" pasti kujawab "InsyaALLAH AZHAR mesir.." dengan senyuman yang pasti akan kuberikan pada setiap insan...hari demi hari, masa pantas berlalu .. aku bersama sahabat-sahabat seperjuanganku datang ke sesi taklimat untuk menyambung study ditimur tengah ..selepas mendengar apa yang disampaikan oleh guru2ku...hatiku tertarik dengan sesi taklimat ke JORDAN ..tiba2 pulak .. (>_<)' adey....akhirnya aku pun terus membuat keputusan untuk mengisi borang KPT ...dan pada masa itu juga aku merasa sukar untuk membuat pemilihan kos ..ramai juga yang aku minta pendapat..pada mulanya berkata sendiri ingin mengambil kos adab yakni lughoh dan berbincang juga bersama seorang sahabat yang rapat denganku dia ingin kami bersama-sama mengambil kos usuluddin ..tapi dalam masa yang sama juga aku minta pendapat dari seorang guruku, beliau kata baik awak ambil kos syariah (feqh wa usuluhu) ..tanya lagi pendapat dari emak ku..mak aku kata ambil jer la feqh wa usuluhu tue...wink3~ ...akhirnya aku pun memilih feqh wa usuluhu...alhamdulillah..aku yakin dengan jalan yang aku pilih ni..selepas menjalani sesi kursus kewarganegaraan di Gunung Pulai ..
|
bersama sahabat di kursus kewarganegaraan |
|
menabur bakti diTADT |
, berbaki kira2 sebulan lebih lagi sebelum meninggalkan tanah air ku yang tercinta ni...aku teruskan lagi dengan menabur bakti di madrasah Quran tempat ku suatu ketika dahulu.. (^_^) ..
Tibalah masa yang telah dinantikan rase sedih,takut,dan gembira untuk meneruskan perjuangan sebagai seorang musafir mencari ilmu dibumi barakah yakni di Dataran Syam (Mu'tah) ,yang mana dibumi Mu'tah inilah terdapat tiga orang sahabat Rasulullah yang gugur syahid pada peperangan Mu'tah..alhamdulillah aku rasa sangat bertuah kerana dapat bersama-sama meneruskan perjuangan di bumi barakah ini dengan tiupan angin jihad ... Allahu Akbar..
|
matar Amman ,Jordan |
|
university of mu'tah,Jordan |
|
KAMI dihadapan bangunan kuliyah syariah |
UNIVERSITY OF MU'TAH , THE HASHIMATE KINGDOM OF JORDAN.....
I'M COOOOOMMMMMIIINNNGGGGGGGG !!!!!!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan