"Aku adalah seorang musafir yang sedang mencari kebenaran, manusia yang mencari petunjuk di tengah kerumunan manusia, rakyat yang mengidamkan kemuliaan negaranya, kebebasan, ketenangan dan kehidupan yang sejahtera dibawah naungan Islam yang suci, aku seorang hamba yang mengenal tujuan hidup.....Inilah diriku, lalu sipakah anda?
> hassan al-Banna<

Jumaat, 25 Januari 2013

memory TUBA KIZ KURAN KURSU (part 2)

alhamdulillah.......

entry kali ini aku akan membawa kalian bersama dalam kenanganku....
emmm...alhamdulillah.....
TUBA KIZ KURAN KURSU @ TAHFIZ AL QURAN DARUL TUBA

desiran angin yang bertiup membawa bersama khabaran rinduku pada kalian, pada kenangan kita  semua....
terkenang sejenak pada akhir sesi persekolahan mase tu ..last darjah 5 ta silap..em..na msuk darjah 6 ...
emak dan ayahku ingin mendaftarkan diriku kesekolah tahfiz...didaerah tangkak......
allahurabbi.....diriku masih kecil...masih ingin duduk bersama emak dan ayah..masih perlukan mereka...ye masih....perlukan mereka ....
aku memberontak,aku menangis, yang aku tak nak duduk diasrama.....tak nak,tak nak,tak nak,.........
apalah nasibku kena duduk di asrama......"hmmmmmm "...........

masihku ingat lagi sewaktu sesi temuduga...macam-macam mudhirah tue tanya kat aku....,waaaaaaaaa.....apa yang aku nak jwab nie..dah la..kecik lagi kan...emm...jawab jer la...nak taknak..."dah bersedia ke nurul nak duduk kat sekolah nie....." tanya mudhirah tahfiz itu kepada ku...... aku memandang emakku dengan muka yang ..haa..tak tau la nak cakpa camne...aiyooo....lalu menjawab  dengan anggukkan...yang tidak berapa nak angguk.....layu...jer muka..aku... dah la mata kuyu kan....heehehehehe.....

keputusan tidak tahu lagi sama ada aku lulus atau tidak dengan temu duga tempoh hari.....
berlalu dan berlalu...masa itu........ tanggal 10 januari 2002..aku diterima panggil masuk ke sekolah tahfiz itu...emmm..berat sungguh kakiku melangkah untuk ke sekolah itu.....

hari pertama di tahfiz itu....ramai sangat kawan-kawan yang aku jumpa...emm yang sebaya pon ada...yang kecil daripada aku pon ada....allahurabbi.....hebatnya perjuangan mereka.....tapi aku...sampai bila nak macam nie.....ooooooowwwwwhhhhhh...tidddaaakkk...

emmm...setelah selesai minggu suai kenal kami....pelajar2 baru duduklah diasrama yang telah ditetapkan...
aku nak bagi tahu sikit....tentang sistem sekolah tahfiz nie....sekolah tahfiz ni...menggunakan sistem hafalan turki...sebab pengasasnye dulu pernah belajar diturki ...emm...aku mula2 masuk...satu happak pon ta faham...pe mendenye sistem nie....bermulanya dari kelas kelancaran iaitu kelas untuk memperbaiki segala bacaan al-quran,makhraj huruf..emmm,,paling tak tahan sekali bile belajar talaqi masa kat kelas nie...gune..lagu turki.....heee.... (rase cam nak tergelak pon ade)....
selepas dari kelancaran dan lulus ujian untuk ke kelas hafalan kalo bahasa turkinye..hafizlik sinifi....emm..kalo lulus dari ujian naiklah kami ke kelas hafalan nie....
Suasana di kelas kelancaran

yang membuatkan aku jelesnye...kat diorang2 nie...sebulan 2bulan jer duduk kat kelas kelancaran aku..........masyaallah3~~..lamo deh...hohoho...huh , tu la asyik main2 jek..pastu tido....mane taknye...memang patutla..kot duduk kat kelas kelancaran tu lame2....adoy2....tension deh....wink3~~~

kalo korang nak tahu lamo tak lamo nye aku nie duduk kat kelas kelancaran tue...huuhuhu....5 bulan berlalu...alhamdulillah...akhirnye.....terbang juga aku ke kelas hafalan ... (^_^)v



Rabu, 23 Januari 2013

memory TUBA KIZ KURAN KURSU (part 1)

Inilah bangunan  PEMBINA GENERASI AL-QURAN
Bismillahirrahmanirrahim.......

"sewaktu kita bersama saling setia
menimba ilmu tanpa mengenal erti penat jemu
ingatkah kau lagi.....
kita bersama memijak onak duri 
ditanah gersang mengutip semangat suci
kini segalanya tersurat dalam sanubari "....

rindu....rindu...betapa rindunya aku akan saat yang indah itu....segalanya tercipta kenangan yang manis bersama sahabat-sahabat seperjuangan dimedan memburu gelaran hamlatul quran.....
menangis bersama , bergurau senda bersama , jatuh bangun bersama.....emmmm..yang paling tak tahan sekali didenda pun bersama-sama..... (^_^)v....
owh...tidak......emmm...maklumlah....zaman kanak2 lagi....mana tak nye....hehehe....

kenangan aku dan kamu


Ahad, 20 Januari 2013

Detik Detik Kehidupan Seorang Muslimah



Bismillahirrahmanirrahim..........
salam perjuangan yang tidak pernah padam dan insyaallah dengan izin NYA kita akan menjadi mujahid dan mujahidah ansarullah ....insyaallah, ameen...

Terasa banyak benda yang ingin aku kongsikan..satu persatu yang datang dalam hidup aku pada lewat kebelakangan ini..."macam macam ada" ~allahurabbi~...
aku kena mengerti dan aku kena faham lumrah sebagai seorang perantau yang berjauhan dengan orang yang tersayang yakni....keluargaku ibu dan ayah,adik-adik...aku redho , meskipun diri ini kadang-kadang terasa letih  tidak berdaya banyak mengeluh...dan macam -macam lagi..aku ingat pesanan kata-kata yang pernah disampaikan oleh Ustaz Hasrizal.."biarlah kita berpenat-penat sekarang, demi memenuhkan tabung akhirat kita nanti"....ERTI HIDUP PADA MEMBERI...~

Muslimah solehah itu sentiasa memaafkan dan memohon kemaafan , sentiasa mengalah demi yang disayanginya ..sentiasa ada masa buat sahabat bila-bila pun, khidmat baktinya kepada ayahnda dan ibunda yang tercinta , mengejar kebahagiaan akhirat dan tidak akan lupa bahawa dunia juga perlu diperjuangkan,
pelajaran juga diutamakan kerana ia tahu menuntut ilmu itu adalah satu jihad.

Harapan aku..moga aku terus thabat dalam jalan yang aku pilih ini , kepada diri ini moga terus kuat .terus tabah...menjadi seorang pelajar , seoarng anak kepada ibu dan ayah , seorang kakak kepada  dua orang adik yang tersayang , seorang daieyah kepada mad'u-mad'unya ,seorang sahabat.............seorang bakal zaujah kepada zaujnya......


berbahagialah dikau wahai diri......kerana memilih untuk berada dalam saff ini..........

Sabtu, 19 Januari 2013

wiNTer sONAtA diDataraN SYAM (MU'TAH)

     9 Januari 2013 tarikh keramat yang akan aku ingati sebagai pelajar baru dibumi Jordan ini yang mana pada ketika ini butiran-butiran halus dari langit memutihi segenap ruang pekan yang berada di Mu'tah ini ...
subhanallah begitu.....terujanya aku dalam erti kata yang lain "jakun"...

       Kami menerima berita yang mana pada tarikh ini salji akan turun kerana hujan batu sudah mula turun dalam keadaan yang sangat lebat "aduh sakitnya" jerit aku serta sahabat-sahabatku yang lain ketika keluar dari dewan peperiksaan tapi kesakitanya tidak terasa kerna ditenggelami dengan perasaan gembira...nampak sangat aku serta sahabat-sahabat yang lain tidak sabar menunggu kedatangan sang salju...
teringat pula aku pada malam sebelum turunnya sang salju , aku menerima panggilan dari seseorang "terkejut makkkk"... heehehe..bunyi telifon bimbitku membuat kan aku cepat-cepat bingkas bangun.....

"hello ,assalamualaikum dah bangun ke nie ??? "
"................. ", aku membalas dengan gaya suara yang agak mamai kepala pusing .. heeeeee ...
"cuba tengok kat luar " pinta teman aku yang seorang nie...

     Cepat-cepat aku bangun pergi kedepan pintu untuk membukanya , wahhhhhhhhh .. terpanar ,teruja seketika melihat pemandangan yang ketika itu putih semuanya dihadapan rumahku . subhanallah........
rasa gembira melihat sang salju berebut-rebut sambil menari-nari diruang angkasa sebelum jatuh gugur kebumi....

"subhanallah"......

Aku begitu  seronok sangat apabila tadabbur surah an-nur ayat 43 , dengan mafhumNYA yang bermaksud :

"Tidakkah engkau melihat bahawa Allah menjadikan awan bergerak perlahan, kemudian mengumpulkannya, lalu Dia menjadikan tompok-tompok,lalu engkau melihat hujan keluar di celah-celahnya, dan Dia (juga) menurunkan (butiran-butiran) AIS dari langit, yaitu dari (gumpalan-gumpalan awan seperti) gunung-gunung, maka ditimpakanNya (butiran-butiran ais) itu kepada siapa yang Dia kehendaki dan dihindarkan dari siapa yang Dia kehendaki. "


salji yang turun pada malam tadi meruntun-runtun perasaan aku ingin ke jamiah  dalam keadaan berjalan kaki bersama sahabat-sahabat  , sempat juga mencapai kamera ...mana tahu bisa jadi kenang-kenangan =)



     Jam menunjukan 10.00 pagi ,tapi apakan daya  jalan menjadi lecak dan licin menyukarkan aku untuk berjalan kaki , tetapi kesukaran itu hilang apabila keseronokkan dan keterujaan berkobar-kobar untuk bermain salji bersama  sahabat-sahabat . Aku bersama sahabat - sahabat berjalan tenang sambil menjamu pandangan , mengambil satu dua gambar , dan kadang-kadang rasa gembira apabila melihat hembusan nafas menjadi kepulan asap putih .


     Setiap tempat yang kami  jalan pasti ada kepingan gambar yang akan diambil , maklumlah sanfurah =)  sampai sahaja ditapak peperangan Mu'tah ..destinasi yang sangat indah kawasanya memutih , kakiku tidak mampu untuk meneruskan perjalanan ke jamiah apabila merasakan jari jemari tangan dan kakiku merasa beku  ..membuatkan ...aku bergegas untuk pulang kerumah kerana sudah tidak tahan dengan cucukan sembilu kesejukkan , dalam keadaan berjalan pulang dalam keadaan berjalan kaki hujan dan titisan ais turun , sakit juga terasa apabila ada yang masuk terkena mata ....tetapi ada yang membuatkan aku berfikir seketika......
  
    Aku tidak tahu pun rezki apakah yang  ALLAH mahu turunkan dari langit . Kalau pada malam itu salji yang ringan turun dan pada keesokkannya titisan air batu yang sedikit keras turun......alhamdulillah semuanya ada hikmah yang baik daripada NYA  . Hebatnya ALLAH , sehingga tak tercaoai dek akal manusia , pentingnya pada kita hanyalah berdoa moga-moga setiap apa yang ALLAH turunkan itu kita terima sebagai satu kebaikkan dari ALLAH .











 



Selasa, 8 Januari 2013

Kerana ALLAH kita bersAUDAra

Bismillahirahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah...
Alhamdulillah...
Alhamdulillah...


bersama ahli baytku...UG INDAH
terasa semakin sayang pada sahabat2..terutama my housmate (^_^)
semakin erat ukhuwah ini..
insyaAllah..

Allahumma solli 'ala Muhammad..
wa 'ala 'ali saidina Muhammad..

hebatnya didikan Rasulullah saw...
terkesan biarpun kami ini generasi yang jarak nye beratus-beribu tahun dengan
BAGINDA....

Allahu Akbar...
moga Allah pelihara ukhuwah ini sehingga kami menjejak kesyurgaMu..

sayang kamoo semua kerana allah....
MARDHI , WANE ,SYAZA ,SALMIE ,DAYAH 

QALAM MUsliMAHku.... (^_^)v

~QaLaM mUsLiMaH~
ANTARA DUA CINTA YANG INGINKU MILIKI CINTA INSANI DAN CINTA ILLAHI.. PASTI YANG UTAMA CINTA ILLAHI.. KERNA CINTANYA YANG HAKIKI.. ANTARA DUA INSAN YANG INGINKU MILIKI KEKASIH HATI DAN SAHABAT SEJATI.. PASTI YANG UTAMA SAHABAT SEJATI.. KERNA SETIANYA SUKAR DI TEMUI..



INDAHNYA UKHUWAH


BISMILLAH...... 
Persahabatan yang diwarnai dengan warna-warna keikhlasan dan kejujuran adalah persahabatan yang sangat suci perhubungannya.Tiada kepentingan diri dan tiada di dalam hati untuk mengaut kepentingan diri atau apa-apa yang bersifat duniawi.


Sebagaimana Umar Al-Khattab ada berkata:

“Engkau mestilah mencari saudara-saudara yang jujur. Hiduplah dalam lingkungan mereka kerana mereka merupakan perhiasan di waktu senang dan bekalan di waktu susah"  



Allah telah  mengingatkan hamba-hambanya tentang rahmat-Nya yang besar serta mengajak mereka kepada perpaduan serta menjauhi perpecahan dengan firman-Nya yang bermaksud:

“Dan berpegang teguhlah kamu semua dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah belah. Dan ingatlah nikmat Allah kepadamu ketika mana kamu semua bermusuhan lalu Allah menyatukan di antara hati-hatimu maka kamu menjadi bersaudara dengan nikmatnya. (Ali Imran: 103)


Sabda Baginda SAW yang membawa erti:

“Ikatan iman yang paling kuat ialah kasih sayang kerana ALLAH dan marah kerana ALLAH”

(Hadis riwayat Ahmad daripada Al-Bara’ Ibn Azib)

Sahabat sejati juga ibarat pendorong impian untuk mencapai
kejayaan...^_^
Sahabat berhati mulia ibarat lampu penyuluh yang akan membawa kita ke jalan ALLAH...♥ ^_^
                                         SAYANG KAMOOOOOOOO KERANA ALLAH

BELAJAR KERANA ALLAH

Bismillahirrahmanirrahim..

Belajar kerana Allah.Mendegar sahaja kata2 itu hati ini serba sedikit akan terasa kepayahannya.Benar bukan?Kerna apa?Kerana sistem pembelajaran kita
sekarang ini lebih berorientasikan peperiksaan iaitu "exam oriented".Bukn tdak

bersetuju,tapi adakalanya situasi ini mencengkam pendirian dan motivasi sesetengah individu untuk lebih mencintai Ilmu berbanding mencintai "pointer"..

Jadi,adakah salah,sistem peperiksaan itu?

Tidak.Tidak salah...

Yg salahnya adalah kita.Ya! Kita sebagai pelajar,sebagai mahasiswa.Bagaimana

kita mampu untuk memanipulasi pemikiran kita sendiri bahawa sepanjang proses

pembelajaran ini,yang dikejar bukanlah pointer yg hebat.Tetapi sejauh mana kita mampu untuak mengaplikasikan segala teori-teori yang telah dipelajari ke dalam realiti.

Sebentar!
saya tak bermaksud kita tak payah score peperiksaan tu ye,kerana peperiksaan juga adalah slah 1 cara untuk melihat potensi diri kite sepanjang tempoh pembelajaran kita dalm kelas~~~~wink3..
just relex...wheee.. :)

bittaufiq maanajah kepada sahabat2ku... :)
fightingggggggggg....#moodlastpaper#

"Bacalah Dengan nama tuhanmu yang menciptakan"
(Surah Al-A'laq:1)

BERMULA SEBUAH KEMBARA

       Selepas berjuang dengan imtihan yang besar dialam persekolahan menengah di MAAHAD JOHOR  sebuah sekolah tinggi arab yang terletak di tengah-tengah bandar kota iskandar di Johor Bahru...hatiku keliru bertambah kecelaruan dan tertanya-tanya pada diri dimanakah hala tujuanku selepas STAM???? dimanakah ??? dimanakah destinasi ku yang seterus nya???? .....
Sahabat-sahabat seperjuangan yang akan bersama-sama meneruskan perjuangan  di
DATARAN SYAM
      Sebelum ini jika ada yang bertanya pada diriku "nak sambung mana U mana lepas ni?" pasti kujawab "InsyaALLAH AZHAR mesir.." dengan senyuman yang pasti akan kuberikan pada setiap insan...hari demi hari, masa pantas berlalu .. aku bersama sahabat-sahabat seperjuanganku datang ke sesi taklimat untuk menyambung study ditimur tengah ..selepas mendengar apa yang disampaikan oleh guru2ku...hatiku tertarik dengan sesi taklimat ke JORDAN ..tiba2 pulak .. (>_<)' adey....akhirnya aku pun terus membuat keputusan  untuk mengisi borang KPT ...dan pada masa itu juga aku merasa sukar untuk membuat pemilihan kos ..ramai juga yang aku minta pendapat..pada mulanya berkata sendiri ingin mengambil kos adab yakni lughoh dan berbincang juga bersama seorang sahabat yang rapat denganku dia ingin kami bersama-sama mengambil kos usuluddin ..tapi dalam masa yang sama juga aku minta pendapat dari seorang guruku, beliau kata baik awak ambil kos syariah (feqh wa usuluhu) ..tanya lagi pendapat dari emak ku..mak aku kata ambil jer la feqh wa usuluhu tue...wink3~ ...akhirnya aku pun memilih feqh wa usuluhu...alhamdulillah..aku yakin dengan jalan yang aku pilih ni..selepas menjalani sesi kursus kewarganegaraan di Gunung Pulai ..    

bersama sahabat di kursus kewarganegaraan
menabur bakti diTADT
 , berbaki kira2 sebulan lebih lagi sebelum meninggalkan tanah air ku yang tercinta ni...aku teruskan lagi dengan menabur bakti di madrasah Quran tempat ku suatu ketika dahulu.. (^_^) ..
     Tibalah masa yang telah dinantikan rase sedih,takut,dan gembira untuk meneruskan perjuangan sebagai seorang musafir mencari ilmu dibumi barakah yakni  di Dataran Syam (Mu'tah) ,yang mana  dibumi  Mu'tah inilah terdapat tiga orang sahabat Rasulullah yang gugur syahid pada peperangan Mu'tah..alhamdulillah aku rasa sangat bertuah kerana  dapat bersama-sama meneruskan perjuangan di bumi barakah ini dengan tiupan angin jihad ... Allahu Akbar..
matar  Amman ,Jordan
university of mu'tah,Jordan
KAMI dihadapan bangunan kuliyah syariah
                UNIVERSITY OF MU'TAH , THE HASHIMATE KINGDOM OF JORDAN.....
                                  I'M COOOOOMMMMMIIINNNGGGGGGGG !!!!!!!!
   

Sabtu, 1 September 2012

JAULAH DIBUMI MERSING

MERSING..OH...MERSING(^_^)

Inilah buat kali pertama dalam hidupku...pergi ke daerah Mersing..alhamdulillah sampai juga aku jejakkan kaki di sini....alhmdulillah...

Kenangan manis 26 ogos 2012...selepas seminggu bercuti sempena aidilfitri seorang sahabatku dari mersing..anak jati mersing ni...hihihi...atau lebih dikenali sebagai achik   :)   .,mempelawa aku serta sahabat-sahabat yang lain datang kerumahnya ..maklumla..selepas ni...semua nak study jauh2 da, lagi-lagi aku ni...dok utara johor kot...jauh tu..kalau nak ke mersing..alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar...
inilah bas aku nak pergi ke Larkin @ J.B

Tepat jam 7.30am aku sampai di Terminal Segamat...dan mengambil bas ke Larkin...tepat dalam jam 10.00am bas aku sampai di Larkin..ngantuk nye dalam bas..haha..
setibanya di Larkin aku terus ke tempat yang janjikan untuk bertemu dengan salah seorang sahabatku yang akan pergi bersama sama dengan aku ke mersing dari Larkin...pada awal nye kami rancang untuk menaiki bas ekspres ke mersing...ALLAH jer yang tau..MASYAALLAH...da habis rupenya Tiket bAs ,,,,tape...alhamdulillah....nak tak nak...kiteorang pon ambil la...bas tin tong...hehe...aku pon tak tahu apa nak gelar name bas tu..kalau kat daerah aku..panggil bas lompat..hahaha...aku rasa ni macam lagi macam pelik..haha...senang citer bas berhenti henti la....kiteorang ambil bas pergi stesen bas Kota Tinggi...korang bayangkan...jauh pejalanan tu..huhu.. seronok-seronok...sampai terlentok lentok aku di buatnya ....

Alhamdulillah setibanya kami di stesen bas Kota Tinggi...baru kami ambil bas lompat-lompat untuk ke mersing...lame betul aku nak tunggu bas tu..bergerak ..perut aku..da mule da..haha..maklumla..ta sarapan lagi...haha..bak kate achik ni  bas lompat yang kiteorang naik ni..memang da lame da..dari zaman emak die lagi..huhu (>_<)'
ni stesen bas kat mersing....... ^^,


Bagi mereka yang belum pernah sampai ke sini,macam aku la.... pastinya merasakan satu azab yang besar..hehe... kerana perlu menempuhi satu laluan panjang yang berbengkak bengkok. Lebih-lebih lagi bila di kiri kanan jalan hanya dipenuhi oleh rimbunan pohon kelapa sawit di sepanjang perjalanan.  Namun, sebaik sahaja sepasang mata tertumpu kepada hamparan lautan di depan mata, segala keletihan pasti terbang melayang di bawa bayu laut yang ternyata tidak pernah berhenti berhembus. ^^,
leganye da smpai kat bumi mersing ni.....

"jauh perjalanan , luas pengetahuan "
ni dia kampung kelahiran achik.huhu

Setibanya aku dirumah achik..kami dihidangkan dengan juadah2...makan tengahari.. :)
alhamdulillah..seusai semuanya solat jamak pun sudah..achik..membawa aku serta sahabat2...melihat keindahan pantai2 yang ada di kawasan sekitarnya...best tu....tengok air laut ...tenang aku..dibuatnye...achik kata MERSING ialah bumi yg mempunyai pantai yg indah,puluhan pulau-pulau yg menarik,ikan-ikan yg segar,udara yg sihat,keropok-keropok lekor yg di usahakan sendiri dan banyak lagi....em...begitu rupenye...











ni la..antara pantai-pantai yang aku pergi....name pon tak ngat da... >_<

Aku bersama sahabatku bermalam dirumah atoknye achik...lebih mesra aku panggil " tok chu"....best duduk dengan tok chu ni tau....banyak juga la...yang dia cerita mengenai bumi mersing ni...tok chu dah anggap kami macam anak dia sendiri tau...
^^,       (korang jgn jeles taw)..hehehe

ni kawasan rumah tok chu..tenang jer..kawasan kampung..

Pada sebelah malamnye pulak kami menunaikan solat di masjid mersing..masji ni terletak di atas bukit...subhanaALLAH indahnye ciptaan ALLAH..nampak semua keindahan bumi mersing.... dengan dihiasi laut yang terbentang luas..subhanaALLAH....

Selepas menunaikan solat..kami pergi menziarahi sahabat kenalan yang duduk dimersing
...aku ni...sebenarnye tak ramai pon kawan2 yang ada kat mersing ni...itu pon sahabat kenalan sewaktu di Maahad Johor ......alhamdulillah...untungla aku..ada mak angkat kat sini...syoknye..pasni kalo nak datang ke mersing..senang la..mudah-mudahan.....  ^_^

Selepas menziarahi sahabat2ku di mersing.... achik membawa aku serta sahabat2ku ke medan selera "seefood" ta silap aku..la....sahabat aku belanja makan..hehehe..sedap tau..
( orang belanja makan memang la sedap)...hehe..gurau jer taw...


Keesokkkan harinya achik bawa aku serta sahabat ke pantai belakang rumah tok chu..dekat taw.... best.....sebelum aku balik segamat baik aku rendam lame2...tak kene satu badan tak apalah yang pasti aku masuk gak la...kat air laut tu....hee...


air laut tak pasang lagi mase ni.... :)


tadika ni depan laut taw...hee

Selepas zohor aku serta sahabat...bersiap siap untuk pulang..ke daerah masing2...aku tak nak balik..sedeh la....aku tak nak tinggalkan tok chu,  achik dan yang lain2...sedehnye aku..ALLAH jer yang maha mengetahui... SELAMAT TINGGAL BUMI MERSING...suatu hari nanti pasti akan aku kembali disini..percayalah...ameen!!!
nantikan kedatanganku ke sane...... 


 SEMOGA KITA BERTEMU KEMBALI.....  (^^)